Tuesday, February 14, 2012

Kanak kanak keanakkan

Hai.
Aku sudah dewasa, tapi kadang2 aku ada sifat macam budak-budak kecil. Mungkin sebab masa kecik dulu bapak aku tak bagi aku bersosial dan lepak-lepak dengan kawan-kawan. Kalau dah abis kelas petang, bapak aku akan datang ke sekolah semata-mata ingin menghalau aku dari sekolah. Bila aku cakap pada bapak aku bahawa aku amat mencintai sekolah, bapak aku tidak mempercayaiku.Tapi mmg betul,satu benda yang aku suka tentang sekolah ialah dapat jumpa kawan2. Sekolah tak best, balik cikgu kasik bekal kerja rumah seguni.  

Tapi bukan tu aku nak cerita. Sebernarnya aku rasa bersalah sangat kepada seorang budak kecil. Tadik kami terserempak dengan kumpulan lembu.Lebih kurang ramai kumpulan k-pop la. Biasalah dalam proses pembesaran budak memang banyak tanya. Jadik budak kecik yg tuh tanya kepada aku. "Kakak, kenapa lembu    tu warna dorang lain-lain?". Sebelum tuh dah banyak soalan bliau tanya pada aku pasal lembu. Apa bliau ingat aku ni pernah dilahirkan sebagai lembu agaknya.

Aku tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang, aku menjawab pada bliau. "Owh.. Warna lembu tuh ikut perasa susu yang dorang keluarkan. Lembu putih keluarkan susu putih, Lembu coklat, keluarkan susu perasa coklat. Adik penah minum kan susu coklat?". Bliau pun mengangguk tanda paham. Selepas 2 minit aku merasa berdosa pulak pada bliau. Jadik untuk mengelakkan berasa berdosa, aku tunjukkan bliau video klip k-pop yang kawan aku bluetooth kan pada aku. Nampaknya bliau merasa seronok.

Walaupun begitu aku tetap merasa berdosa. Jadik aku bercadang untuk biarkan saja bliau sesat sampai bliau berusia 10 tahun., sebab aku risau bila aku dah cakap hal sebenar, bliau akan tanya aku proses membuat susu coklat. Kalau aku tak dapat jawab nanti, jatuhlah imej aku sebagai orang dewasa paling dihormati oleh
kanak-kanak Jalan Perwira.

*Jangan tipu budak-budak. Mereka cuma nak belajar dari orang dewasa.

~sekian

0 comments: